Skip to main content

Berita

CeDS Memperkasa Hubungan Antarabangsa

Oleh CeDS
28 Mac 2016, 8:00 am
CeDS Memperkasa Hubungan Antarabangsa

THAILAND: Pada 20 - 23 Disember 2015, Pusat Pengajian Diploma telah mengadakan lawatan Akademik ke Universiti Naresuan dan Universiti Kasetsart. Lawatan tersebut telah disertai oleh Profesor Dr Ismail bin Abdul Rahman (Dekan) dan Encik Rosdi bin Ab Rahman (Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal).

Objektif Lawatan

  • Menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, perkembangan dan kemudahan yang disediakan untuk program pertanian.
  • Hala-tuju graduan dalam bidang pertanian.
  • Menjalin kerjasama dalam membangunkan Diploma Teknologi Agro di UTHM.

Lawatan Ke Universiti Naresuan

Sesi penerangan dan perbincangan berkaitan dengan aktiviti dipengerusikan oleh Dr Chanin Umponstira, Dekan Fakulti Pertanian, Sumber Semula Jadi dan persekitaran Universiti Naresuan. Universiti Naresuan ditubuhkan pada tahun 1967 dan mendapat nama dari Maharaja Naresuan. Fakulti Pertanian universiti Naresuan merupakan universiti penyelidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Thailand. Dekan Fakulti pertanian Universiti Naresuan mengalu-alukan lepasan diploma CeDS menyambung pengajian di peringkat Sarjana muda dengan pembiayaan dari Dana pengantarabangsaan universiti untuk pelajar yang layak.

Foto 1: Perbincangan Dua Hala Dekan CeDS dan Dr Chanin Umponstira, Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Naresuan

Foto 2: Pelajar Siswazah Universiti Naresuan Mengkaji Kesan Baja ke Atas Penghasilan Gula

Lawatan Ke Universiti Kasetsart

Sesi penerangan dan perbincangan berkaitan dengan aktiviti dipengerusikan oleh Dr Chanin Umponstira, Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Kasetsart. Universiti Kasetsart ditubuhkan pada tahun 1943. Kasetsart bermaksud pertanian. Universiti Kasetsart merupakan institusi pengajian tinggi penyelidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Thailand. Dana penyelidikan dibiayai oleh Pihak Kerajaan, Swasta dan antarabangsa. Setiap tahun mereka menyediakan 10 biasiswa untuk penduduk Asia Tenggara menjalankan penyelidikan di Peringkat Pasca Siswazah. Beliau menjemput staf UTHM untuk menjalankan penyelidikan di Universiti Kasetsart.

Foto 3: Profesor Dr Ismail bin Abdul Rahman Menerima Cenderamata dari Dr Sudsaisin Kaewrueng, Dekan Fakulti Pertanian Universiti Univesiti Kasetsart

Hasil Lawatan

  • Program penyelidikan Pertanian di Kasetsart dan Naresuan diterapkan dalam pembangunan kurikulum Diploma Teknologi Agro.
  • Universiti Kasetsart dan Naresuan bersedia menjalin kerjasama dalam aktiviti pembangunan sektor pertanian, teknologi dan kejuruteraan dengan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM.