Skip to main content

Berita

CeDS Dijemput Memeriahkan Mini Karnival STEM SMK FELCRA Bukit Kepong

Oleh CeDS
28 Julai 2022, 10:27 am
CeDS Dijemput Memeriahkan Mini Karnival STEM SMK FELCRA Bukit Kepong

BUKIT KEPONG: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput memeriahkan Mini Karnival STEM SMK FELCRA Bukit Kepong (SMKFBK) sebagai salah sebuah tanggungjawab sosial korporat CeDS.

Pada program tersebut, CeDS telah mengetengahkan beberapa projek untuk menarik minat pelajar SMKFBK ke dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Projek yang diketengahkan termasuklah pertunjukan pemetaan dron oleh pensyarah Diploma Kejuruteraan Awam, demonstrasi robotik dan Arduino oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik, serta pameran dan demonstrasi lukisan oleh pelajar dan pensyarah Diploma Teknologi Animasi.

Selain itu, pasukan promosi CeDS turut membuka rerurai dan mengadakan satu sesi taklimat kerjaya bagi mempromosi program diploma dinamik UTHM, selain menerangkan hala tuju para pelajar selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak SMKFBK kerana sudi menjemput kami ke sana.

Selamat maju jaya kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM.

Tahniah dan terima kasih semua.

Hasil Pemetaan Dron SMKFBK

Robotik dan Arduino

Hasil Lukisan