Skip to main content

Berita

CeDS Tingkatkan Kesedaran Pelajar Sekolah Tentang Bahaya Banjir

Oleh Dr Muhammad Azraie bin Abdul Kadir
04 Disember 2022, 6:33 am
CeDS Tingkatkan Kesedaran Pelajar Sekolah Tentang Bahaya Banjir

MUAR: Pada 1 Disember 2022, Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Flood Awareness @ School untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani.

Program ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap bahayanya banjir dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tip persediaan menghadapi banjir.

Hal ini amat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana ketika ini negara sedang berhadapan dengan cuaca buruk dan hujan yang tidak menentu.

Dapat dilihat banyak kawasan yang terlibat dengan banjir ini.

Selain itu juga, tujuan lain program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara UTHM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani sebagai salah satu sekolah angkat UTHM.

Program ini melibatkan enam orang staf dan 35 orang pelajar UTHM bersama-sama dengan seramai 90 orang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani.

Syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sebagai bukti keprihatinan pihak CeDS kepada komuniti setempat.