Berita
Lawatan ke Sime Darby KKS Kempas Perkasa Pemahaman Pelajar Mengenai Pengurusan Air Sisa
JASIN: Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dengan kerjasama Sime Darby KKS Kempas, Jasin telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar Teknologi Rawatan Air Sisa 2023: Sime Darby KKS Kempas, Jasin.
Program ini berlangsung selama sehari dengan penglibatan 25 orang Pelajar Tahun 2 DAK (Seksyen 2) dan diiringi oleh 3 pensyarah JSM, CeDS, UTHM.
Para pelajar diploma jurusan teknologi kejuruteraan kimia telah menyertai lawatan sambil belajar ke Sime Darby KKS Kempas untuk mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam menguruskan rawatan air sisa.
Pengalaman ini juga memberi impak yang besar kepada para pelajar jurusan in ketika menjalankan latihan industri pada semester akhir akan datang.
Sementelahan itu, dua penceramah iaitu Encik Mohd Fadzil bin Hj Hasbullah dan Encik Muhammad Ainuddin bin Ubaidah dari Sime Darby KKS Kempas memberi sedikit perkongsian mengenai proses-proses yang dilakukan di Sime Darby KKS Kempas, Jasin.
Mereka juga memberi peluang untuk bertanyakan soalan yang berkaitan agar dapat membantu meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar dalam jurusan ini.
Objektif program Lawatan Sambil Belajar Teknologi Rawatan Air Sisa 2023: Sime Darby KKS Kempas, Jasin bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman para pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia mengenai fungsi, mekanisme dan kaedah pengurusan air sisa dalam industri dan kepentingan rawatan air sisa dalam kehidupan seharian masyarakat.
Di samping itu, melalui program ini ianya boleh memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang bersesuaian dengan subjek-subjek yang dipelajari seterusnya menggalakkan pelajar lebih berinspirasi dan menambahkan minat dalam bidang yang berkaitan.
Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dalam tugasan atau amali yang diberikan pensyarah di universiti bagi meningkatkan kualiti tugasan.
Hasil daripada program ini, Merapatkan hubungan antara universiti dan industri melalui pembelajaran berasaskan industri, sekali gus memudahkan pelajar untuk memperoleh maklumat mengenai Latihan Industri dan peluang pekerjaan.
Justeru, dengan perlaksanaan program ini keterlibatan para pelajar diploma jurusan teknologi kejuruteraan kimia secara aktif dalam aktiviti lawatan sambil belajar dapat membantu mereka menarik minat dalam jurusan ini dan menjamin kelestarian alam sekitar.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor