Skip to main content

Berita

Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Raih Penarafan Emas dan Anugerah Terbaik di iTeLIC 2023

Oleh Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa
09 Julai 2023, 6:52 pm
Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Raih Penarafan Emas dan Anugerah Terbaik di iTeLIC 2023

PAGOH: Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus gemilang di The International Teaching and Learning Innovation Carnival (iTeLIC) 2023 apabila berjaya memperolehi satu Penarafan Emas menerusi projek Mari Belajar PAI: Aplikasi Edutainmen Pendidikan Agama Islam Tahun 1 (Ketidakupayaan Pendengaran) dan satu Penarafan Gangsa menerusi projek Breaking Barriers: Enhancing Malay Language Year 1 (Hearing Impairment) with My-iBM App.

Pertandingan ini yang memasuki tahun keempat merupakan anjuran Pusat Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan, Universiti Malaysia Kelantan dan diadakan pada 5 sehingga 6 Julai 2023 yang lalu.

Pencapaian pasukan Mari Belajar PAI: Aplikasi Edutainmen Pendidikan Agama Islam Tahun 1 (Ketidakupayaan Pendengaran) tidak sekadar memperolehi Penarafan Emas, bahkan dinobatkan sebagai Anugerah Terbaik Kategori F (Produk).

Pasukan ini perlu bertaruh dengan 28 pasukan yang lain bagi muncul sebagai penerima Anugerah Terbaik.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar diploma juga mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Penyelia bagi kedua-dua projek ini, Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, persiapan rapi telah dibuat bagi memastikan pelajar dapat menyampaikan projek mereka dengan baik.

Komitmen yang baik daripada pelajar telah membuahkan hasil yang memuaskan.

Berikut adalah nama projek beserta nama pelajar yang berjaya meraih kejayaan di iTeLIC 2023.

Tajuk ProjekPenarafanNama Pelajar
Mari Belajar PAI: Aplikasi Edutainmen Pendidikan Agama Islam Tahun 1 (Ketidakupayaan Pendengaran) Emas dan Anugerah Terbaik Kategori F (Produk) Aiman Hanif bin Dolah, Amierrul Farish bin Osfairulazmir, Atikah binti Azudin
Breaking Barriers: Enhancing Malay Language Year 1 (Hearing Impairment) with My-iBM App Gangsa Nur Syahirah binti Ashaari, Nur Nisa Irdina binti Herwan