Skip to main content

Berita

Program Healing JSM 2023

Oleh Puan Shazana binti Hashim
28 September 2023, 10:40 am
Program Healing JSM 2023

AYER KEROH: Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan Jabatan Sains dan Matematik (JSM), satu program yang julung kali di adakan bertajuk Program Healing JSM 2023 telah dianjurkan dengan penuh semangat dan keceriaan pada 27 September 2023 bertempat di Melaka International Bowling Centre.

Program ini menjadi platform yang memberi peluang kepada semua kakitangan JSM untuk bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

Pada acara pertandingan boling yang dijalankan, semua peserta menunjukkan semangat persaingan yang sihat, mempamerkan kebolehan dan kecekalan dalam pertandingan.

Pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan fizikal, tetapi juga memupuk nilai-nilai seperti kesabaran, kerjasama, dan semangat untuk berusaha lebih baik.

Selain itu, pertandingan ini juga menjadi platform untuk membangun persefahaman yang lebih baik di antara sesama kakitangan JSM.

Selepas sesi pertandingan dan penyampaian hadiah, semua kakitangan berkumpul untuk menikmati makan tengah hari bersama di Restoan Zahrin Asam Pedas, Melaka.

Makan tengah hari tidak hanya mengisi perut, tetapi juga mengisi jiwa dengan cerita, tawa, dan ceria.

Momen ini membolehkan kakitangan untuk bertukar-tukar pengalaman dan cerita, mengeratkan hubungan, dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.

Program Healing JSM 2023 berjaya mencapai matlamatnya untuk membawa semangat kebersamaan dalam kalangan kakitangan JSM.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya mencipta ruang untuk persahabatan dan keceriaan di tempat kerja, menjadikan JSM lebih dari sekadar sebuah jabatan, tetapi sebuah keluarga yang padu dan komited.

Program ini membuktikan bahawa kekuatan, kerjasama dan semangat bersama dapat membawa kejayaan kepada setiap langkah yang diambil.


Program Healing JSM 2023