Skip to main content

Berita

Interactive Fluid Mechanics Exhibition 2023 (IFMEx 2023)

Oleh Dr Muhammad Azraie bin Abdul Kadir
12 Disember 2023, 10:14 pm
Interactive Fluid Mechanics Exhibition 2023 (IFMEx 2023)

PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), CeDS UTHM telah berjaya menjalankan projek SULAM CeDS iaitu Interactive Fluids Mechanics Exhibition (IFMEx 2023).

Program ini telah disertai seramai 178 pelajar tahun 2 Diploma Kejuruteraan Awam bersama 8 pensyarah dari JKA.

Program ini bertujuan membantu pihak sekolah dalam menyediakan alatan pengajaran berkaitan sains dan teknologi secara amnya yang menjuruskan kepada mekanik bendalir khasnya.

Disamping itu, program ini juga membantu meningkatkan minat adik-adik dari beberapa tadika di kawasan komuniti setempat di dalam sains dan teknologi.

Disamping memenuhi kriteria pengajaran dan pembelajaran pelajar UTHM bagi kursus Mekanik Bendalir, hasil dari program ini diserahkan kepada guru-guru yang terlibat bagi membantu meraka didalam pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah diucapkan kepada barisan pelajar dan pensyarah JKA yang telah banyak membantu dan memberi komitment didalam menjayakan program ini.

Diharap hasil ini dapat sedikit sebanyak membantu didalam pendidikan sains dan teknologi dan juga jalinan diantara pihak universiti dan sekolah dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.