Berita
Pemantapan Kualiti Program Diploma Teknologi Maklumat Menerusi Bengkel Bersama Pemeriksa Luar
PAGOH: Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu bengkel bersama Pemeriksa Luar program Diploma Teknologi Maklumat (DAT), Prof. Madya Dr Mohd Yazid bin Idris.
Prof. Madya Dr Mohd Yazid merupakan pensyarah kanan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan merupakan Pengarah Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) UTM.
Ini merupakan lawatan pertama beliau secara fizikal sebagai Pemeriksa Luar program DAT, setelah dilantik awal tahun ini.
Persetujuan beliau dalam pelantikan sebagai Pemeriksa Luar amatlah dihargai memandangkan UTM merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dalam pemeringkatan (ranking) Times Higher Education.
Tambahan lagi, pemilihan beliau dilihat amat tepat kerana UTM merupakan antara beberapa universiti awam di Malaysia di mana bidang sains komputernya disenaraikan dalam pemeringkatan Times Higher Education.
Banyak perkara telah pihak JTM bincangkan bersama Prof. Madya Dr Mohd Yazid dalam bengkel tersebut.
Ini termasuklah struktur kurikulum yang baharu dimurnikan, kandungan kursus-kursus, serta penyediaan kemudahan dari aspek perisian dan perkakasan khusus untuk DAT.
Prof. Madya Dr Mohd Yazid juga dibawa melawat ke makmal-makmal komputer yang digunakan oleh pelajar DAT, bagi melihat sendiri kesesuaian kemudahan yang disediakan untuk pelajar.
Bengkel diakhiri dengan ulasan kelebihan program DAT berbanding program-program seumpamanya di UTM serta cadangan penambahbaikan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor