Skip to main content

Berita

Bual Bicara Pelajar Bersama PAK JSM 2024

Oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik
09 Oktober 2024, 2:06 pm
Bual Bicara Pelajar Bersama PAK JSM 2024

PAGOH: Program Bual Bicara Pelajar Bersama PAK JSM 2024 anjuran Jawatankuasa Penasihatan Akademik dan Kerjaya (PAK), Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), telah diadakan pada 8 Oktober 2024. Seramai 88 pelajar Tahun 1 program Diploma Sains Gunaan (DAU) dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK), bersama 12 pensyarah JSM, telah mengambil bahagian dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengeratkan hubungan antara Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) JSM dengan pelajar. Ia juga diharapkan dapat membantu membentuk pelajar diploma yang lebih bersikap terbuka serta memanfaatkan fungsi dan peranan PAK dengan lebih berkesan.

Pelajar turut diberi pendedahan dan maklumat terperinci mengenai program pengajian yang disampaikan oleh ketua program DAU dan DAK. Selain itu, pengenalan kepada Outcome Based Education (OBE) dan pelaksanaan penilaian di peringkat program turut disampaikan oleh Jawatankuasa OBE bagi program DAU dan DAK.

Program ini memberikan pelbagai impak positif kepada pelajar. Antaranya, para pelajar lebih mengenali pensyarah yang mengajar mereka, sekali gus memupuk keyakinan diri untuk berinteraksi secara berhemah dengan pensyarah. Selain itu, pelajar juga lebih memahami proses pembelajaran yang akan mereka lalui sepanjang tempoh pengajian di UTHM.