Berita
PTSN dan UTHM Bersinergi Bangunkan Program Teknologi Kejuruteraan Kimia Lebih Mantap

PAGOH: Bagi memperkukuh kualiti pendidikan dan menyelaras pembangunan program akademik, satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 20 Februari 2025. Lawatan ini tertumpu kepada perbincangan berkenaan pelaksanaan dan penambahbaikan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) yang ditawarkan oleh Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM.
Seramai 8 orang wakil deligasi dari PTSN yang diketuai oleh Puan Noorizyan binti Asimat Ketua Program Diploma Kejuruteraan Kimia PTSN dan 6 orang wakil pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik, CeDS telah menghadiri sesi lawatan ini yang berlangsung dalam suasana profesional dan penuh kolaboratif. Lawatan dimulakan dengan sesi aluan dari Dekan CeDS Dr Muhammad Faizal Bin Ismail. Perbincangan mendalam mengenai struktur kurikulum program, penyesuaian dengan kehendak industri, serta pelaksanaan Dublin Accord sebagai landasan pengiktirafan antarabangsa bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia diteruskan dengan perkongsian dari kedua-dua belah pihak.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP), hasil pembelajaran program (PLO), keperluan makmal dan infrastruktur, serta kebolehpasaran graduan. Para delegasi turut dibawa melawat ke beberapa makmal pengajaran utama yang digunakan dalam program DAK, bagi melihat sendiri kemudahan dan teknologi sokongan yang disediakan oleh pihak UTHM. Antara makmal yang dilawati termasuklah Makmal Teknologi Alam Sekitar, Makmal Mekanik Bendalir, Makmal Proses Pemisah dan Makmal Proses Instrumentasi, dengan penglibatan wakil daripada Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP).
Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama strategik yang lebih meluas antara kedua-dua institusi dalam usaha memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) negara serta melahirkan graduan berkualiti tinggi dalam bidang teknologi kejuruteraan kimia.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
