Berita
Eksplorasi Teknologi Rawatan Air: Pelajar DAK UTHM Sertai Lawatan Edukatif ke Indah Water Melaka

BATU BERENDAM: Seramai 32 orang pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM, telah menyertai satu program lawatan sambil belajar ke loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Batu Berendam, Bandaraya Melaka. Lawatan ini turut disertai oleh 5 orang pensyarah pengiring, terdiri daripada ahli kumpulan fokus Sustainable and Renewable Resources Group (SURE), UTHM.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada pelajar terhadap sistem pengurusan dan teknologi rawatan air kumbahan, selari dengan topik-topik yang dipelajari dalam kursus Wastewater Treatment Technology (DAK20802). Selain itu, ia juga berfungsi sebagai medium pembelajaran interaktif di luar bilik kuliah bagi memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap aplikasi teori dalam dunia sebenar industri.
Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Mariana binti Zabidi, Pegawai Eksekutif IWK, yang memberi penerangan komprehensif mengenai latar belakang syarikat, sistem operasi loji, serta teknologi rawatan air moden yang digunakan oleh IWK dalam memastikan kualiti efluen yang dilepaskan adalah mematuhi piawaian alam sekitar.
Selesai sesi taklimat, peserta dibawa melakukan lawatan tapak ke setiap unit proses rawatan air, termasuk sistem penapisan, pengudaraan dan tangki sedimentasi. Pelajar diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan kakitangan teknikal, sekali gus memahami cabaran serta prosedur operasi sebenar di lapangan.
Lawatan ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang signifikan kepada para pelajar, terutamanya dalam meningkatkan kefahaman terhadap proses rawatan air kumbahan yang kompleks serta peranan jurutera kimia dalam industri pengurusan air. Selain itu, ia juga memupuk kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial dalam sektor kejuruteraan. Lawatan ini juga membuka ruang untuk penambahbaikan kaedah pengajaran di dalam bilik kuliah, di samping merangsang idea-idea baharu untuk penyelidikan dan kerjasama industri yang lebih relevan dengan keperluan semasa.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
