Berita
Lawatan Muhibah CeDS ke FTK Teroka Peluang Kolaborasi Strategik
PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) pada 3 September 2025. Lawatan julung kali ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, berkongsi pengalaman kepimpinan serta meneroka peluang kolaborasi strategik dalam bidang akademik dan penyelidikan.
Prof. Madya Ts. Dr Jumadi bin Abdul Sukor, Dekan FTK, telah berkongsi amalan kepimpinan fakulti yang menekankan pembinaan budaya kebersamaan melalui pelbagai inisiatif. Antara pendekatan yang diamalkan ialah penganjuran program jamuan, pemberian sijil penghargaan serta insentif khas. Usaha ini terbukti berkesan dalam meningkatkan motivasi, semangat kekitaan dan keterlibatan warga fakulti.
Sementara itu, Dr Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan CeDS, membentangkan perkembangan artikulasi program CeDS bersama FTK. Kebanyakan program di CeDS mencatatkan artikulasi melebihi 25% di FTK. Bagi meningkatkan lagi peratus pemindahan kredit, beliau mencadangkan agar perbincangan lebih lanjut diadakan antara ketua jabatan bagi memastikan kesinambungan akademik yang lebih kukuh.
Dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama, Dekan FTK turut mencadangkan penganjuran sesi hi-tea yang menghimpunkan kumpulan fokus (FG) CeDS dan FTK. Setiap meja akan disusun mengikut bidang kepakaran yang sama bagi membuka ruang perbincangan lebih berfokus, sekali gus merintis pembentukan dasar kolaborasi dalam penyelidikan dan penerbitan. Sebagai langkah susulan, mesyuarat berkala antara FG CeDS dan FTK juga disarankan bagi memantau perkembangan, menilai hasil serta merangka strategi kolaborasi secara lebih sistematik.
Secara keseluruhan, lawatan ini menjadi titik tolak ke arah kerjasama strategik yang lebih mantap antara CeDS dan FTK, khususnya dalam memperkukuh bidang akademik, pembangunan profesional, penyelidikan serta penerbitan bersama.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor