Berita
Lawatan Muhibah CeDS ke FSKTM dan FKEE Teroka Peluang Kerjasama Strategik
BATU PAHAT: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) pada 1 Oktober 2025. Lawatan julung kali ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka peluang kolaborasi strategik dalam bidang akademik serta penyelidikan.
Di FSKTM, lawatan disambut oleh Prof. Madya Dr Shahreen binti Kasim, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan), bersama barisan pengurusan fakulti. Perbincangan menjurus kepada pelaksanaan latihan kompetensi staf bagi memperkukuh kemahiran serta membolehkan mereka menjadi pelatih pelajar CeDS, khususnya bagi SISKO dan Statistical Analysis System (SAS). Kedua-dua pihak turut bersetuju meneroka penyeliaan dan penilaian bersama bagi projek sarjana muda dan projek akhir diploma, dengan penambahbaikan mekanisme kredit dalam sistem universiti bagi mengiktiraf peranan tersebut.
Lawatan ke FKEE turut memberi impak positif apabila pihak fakulti menyambut baik cadangan kolaborasi dengan Jabatan Teknologi Elektrik (JKE), CeDS, khususnya dalam bidang tenaga boleh baharu, sistem pintar, automasi dan internet benda (IoT). Prof. Dr Asmarashid bin Ponniran, Dekan FKEE, turut mengalu-alukan penglibatan staf CeDS dalam projek penyelidikan merentasi fakulti.
Secara keseluruhan, lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik CeDS dengan FSKTM dan FKEE, sekali gus memperkukuh jaringan dalam pembangunan akademik, profesionalisme staf, penyelidikan dan penerbitan bersama.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor