Berita
Pelajar CeDS Cemerlang Dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat IPT ASEAN
KUALA TERENGGANU: Warga Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menzahirkan rasa bangga dan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Syamimi Aqila binti Supena, pelajar Tahun 2 Diploma Teknologi Maklumat (DAT), atas kejayaan membanggakan beliau dalam arena tilawah al-Quran.
Saudari Nur Syamimi Aqila telah berjaya menduduki tempat keempat dalam Sesi Kelayakan, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2025 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kejayaan ini sekali gus melayakkan beliau untuk mewakili UTHM ke Pertandingan Akhir, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pengajian Tinggi IPT ASEAN 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2026.
Pencapaian cemerlang ini bukan sahaja mengharumkan nama UTHM, malah menjadi bukti bahawa pelajar CeDS mampu menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik dan teknologi, tetapi juga dalam bidang keagamaan dan penghayatan al-Quran selari Paradigma Tauhid UTHM.
Warga CeDS turut mendoakan agar Saudari Nur Syamimi Aqila terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat akhir kelak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTHM untuk terus cemerlang dalam akademik, kokurikulum serta sahsiah diri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor