Berita
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PAGOH: Seramai 123 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah berjaya menamatkan Program Persijilan Kompetensi Pelajar Fasa 2/2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 November 2025. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Pengajian Diploma dan syarikat latihan industri, Cosmo Skills Sdn Bhd, dengan menfokus kepada penganjuran Kursus Persijilan Occupational Safety and Health Coordinator (OSH-C) yang diiktiraf oleh industri. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas berkaitan peranan serta tanggungjawab sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) di tempat kerja.
Sepanjang program, para peserta yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, dan sains gunaan telah mengikuti modul-modul latihan yang merangkumi aspek pengurusan risiko, pematuhan perundangan OSH, pelaporan insiden, serta simulasi pengendalian situasi kecemasan. Latihan ini telah disampaikan oleh empat orang penceramah profesional berpengalaman yang merupakan jurulatih bertauliah dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Program ini merangkumi sesi teori, dan latihan praktikal yang menyeluruh bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Ia juga sejajar dengan hasrat UTHM untuk memperkukuh agenda TVET dan kebolehpasaran graduan melalui kerjasama strategik bersama rakan industri.
Menurut wakil penganjur CeDS, pelaksanaan program pensijilan OSH-C memberi nilai tambah yang signifikan kepada pelajar kerana ia membuktikan tahap kecekapan mereka dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, selaras dengan keperluan majikan dan peraturan industri semasa.
Dengan kejayaan penganjuran Program Persijilan OSH-C Fasa 2/2025 ini, UTHM terus komited dalam usaha membangunkan modal insan berkemahiran tinggi yang mengutamakan keselamatan, kualiti dan profesionalisme dalam setiap aspek pekerjaan.
Program Persijilan Kompetensi Kemahiran OSH-C Fasa 2 2025
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor