Berita
Program Tautan SINAR JKE Siri 7 Mengeratkan Hubungan CeDS dan Komuniti Setempat
PARIT YAANI: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) di Maahad Darul Huffaz Al-Imtiyaz dari 28 Julai hingga 1 Ogos 2025. Program ini bertujuan meningkatkan keselamatan sistem elektrik serta memindahkan kemahiran asas elektrik kepada pelajar tahfiz.
Sepanjang lima hari program, pelbagai kerja pemasangan dan penyelenggaraan telah dijalankan, termasuk pemasangan soket alir keluar, pemeriksaan dan ujian sistem pendawaian, pemasangan lampu limpah solar di hadapan premis, serta penambahbaikan liputan CCTV. Aktiviti KTP pula memberi pendedahan praktikal kepada pelajar melalui pemasangan kipas dinding di ruang tamu.
Selain itu, pemeriksaan dan baik pulih kipas siling turut dilaksanakan bagi memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik. Program ini berjaya meningkatkan kemudahan dan keselamatan premis, sambil memberi peluang kepada pelajar tahfiz memahami asas pemasangan elektrik dan amalan keselamatan.
Pihak penganjur berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menyokong pembangunan komuniti dan memperkukuh kerjasama antara universiti dan masyarakat setempat.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor