Berita
UTHM dan S&A Multiskills Resources Jalin Kerjasama Strategik Perkasa Kebolehpasaran Graduan

DURIAN TUNGGAL: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kumpulan Fokus S-ProuD, Pusat Pengajian Diploma telah memeterai satu Letter of Intent (LOI) bersama S&A Multiskills Resources dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat S&A Multiskills Resources, Melaka pada 18 Disember 2025.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuh inisiatif peningkatan kemahiran staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menyediakan persijilan kompetensi kepada pelajar diploma, serta menyokong pelaksanaan Program Kebolehpasaran Graduan selaras dengan keperluan industri semasa dan kehendak pasaran pekerjaan.
Majlis pemeteraian LOI tersebut telah dihadiri oleh wakil Pusat Pengajian Diploma UTHM, iaitu Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad dan Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, bersama barisan pengurusan S&A Multiskills Resources yang diketuai oleh Encik Sarman bin Abd Hamid dan Encik Al Amir, wakil pengurusan syarikat berkenaan.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka pelaksanaan program latihan berstruktur, pensijilan kompetensi berasaskan industri, serta program kebolehpasaran graduan yang merangkumi latihan kemahiran praktikal, pendedahan industri dan pengiktirafan profesional bagi meningkatkan daya saing graduan diploma di pasaran kerja.
Pemeteraian LOI ini mencerminkan komitmen bersama UTHM dan S&A Multiskills Resources dalam menyokong agenda TVET, pembelajaran sepanjang hayat, serta pemerkasaan bakat muda melalui pendekatan kolaboratif antara institusi pendidikan dan industri.
Diharapkan kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program bersama yang lebih komprehensif, termasuk latihan profesional, persijilan kemahiran, inisiatif kebolehpasaran graduan dan potensi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa hadapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Siri 2 DAU -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge Menarik Minat Murid Sekol… -
Pelajar CeDS Cemerlang Dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peri… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Penyeliaan Latihan Industri UTHM Dorong Kolaborasi Pintar Universiti–…
