Berita
Pelajar Diploma UTHM Cemerlang dalam IEM SolidWorks Competition 2026

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama universiti melalui kejayaan cemerlang dalam pertandingan IEM SolidWorks Competition: The SolidWorks Design Sprint Challenge yang dianjurkan oleh The Institution of Engineers Malaysia.
Pertandingan yang berlangsung pada 11 Mac 2026 secara dalam talian ini telah menghimpunkan peserta berbakat dalam bidang reka bentuk kejuruteraan, khususnya menggunakan perisian SolidWorks. Kejayaan para pelajar UTHM membuktikan keupayaan tinggi dalam aspek kreativiti, ketepatan teknikal serta daya saing di peringkat nasional.
Adalah dengan sukacitanya diumumkan bahawa:
- Johan: Daniel Khaw Jun Zhe
- Naib Johan: Nurrafizah binti Yusman
- Tempat Ketiga: Jacky Yap (Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal)
Dekan CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail dalam kenyataannya menyatakan rasa bangga atas pencapaian ini. Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut mencerminkan komitmen pelajar dalam menguasai kemahiran teknikal serta kesungguhan pensyarah dalam membimbing mereka ke arah kecemerlangan.
“Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan universiti, malah menjadi bukti bahawa pelajar diploma juga mampu bersaing dan cemerlang di platform profesional. Diharapkan kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan”, ujar beliau.
Pihak pengurusan turut berharap agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan dan kemenangan pada masa akan datang, selaras dengan aspirasi UTHM dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing dalam bidang kejuruteraan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
