Berita
Majlis Anugerah Inspirasi CeDS 2025 Rai Kecemerlangan Warga CeDS

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Majlis Anugerah Inspirasi CeDS 2025 bertempat di Dewan A9, UTHM Pagoh bagi menghargai sumbangan serta pencapaian cemerlang warga CeDS dalam pelbagai bidang.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh gemilang itu telah disempurnakan oleh Dekan CeDS, Dr Faizal bin Ismail. Dengan membawa cogan kata Kecemerlangan Diraikan, Inspirasi Diteruskan, majlis ini menjadi platform penghargaan kepada individu dan kumpulan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memartabatkan kecemerlangan institusi.
Bertemakan Klasik Tradisional, para hadirin tampil anggun dan segak mengenakan busana klasik serta tradisional yang menyerlahkan keunikan warisan budaya tempatan, sekali gus menambahkan seri dan kemeriahan majlis.
Sebanyak 32 anugerah telah disampaikan merangkumi beberapa kategori utama iaitu Kelompok Anugerah Pentadbiran, Kelompok Anugerah Akademik, Kelompok Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kelompok Anugerah Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kelompok Anugerah Khas. Kesemua penerima dipilih berdasarkan pencapaian, dedikasi dan sumbangan signifikan dalam bidang masing-masing.
Dalam kelompok Anugerah Khas yang merupakan kelompok anugerah utama, Anugerah Persona Inspirasi CeDS telah dimenangi oleh Puan Nurmina Abdullah manakala Anugerah Ikon Inspirasi CeDS pula dimenangi oleh Ts Dr Mardiha binti Mokhtar atas sumbangan dan komitmen cemerlang mereka dalam memartabatkan kecemerlangan CeDS.
Dalam ucapannya, Dr Faizal menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga CeDS yang terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan, akademik dan pembangunan pelajar. Beliau turut berharap agar pengiktirafan yang diberikan mampu menjadi pembakar semangat kepada semua warga kerja untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Majlis tersebut turut menjadi medium memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga CeDS serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dan saling menghargai antara satu sama lain.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
