Berita
Taklimat Perlaksanaan Diploma Project Exhibition (DiPX) CeDS 2026

PAGOH: Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan program Diploma Project Exhibition (DiPX) 2026, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya diadakan secara dalam talian menerusi platform Google Meet.
Program tersebut disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Diploma Teknologi Animasi (DAG). Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin, selaku Penyelaras Projek Diploma bagi program DAG, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, UTHM.
Dalam sesi tersebut, para peserta telah diberikan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan DiPX 2026 termasuk objektif program, kaedah penyediaan projek diploma, garis panduan penyertaan, proses penilaian serta persediaan pameran projek yang dijadualkan berlangsung pada 15 Jun 2026 dan 16 Jun 2026.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan pengurusan dan pembentangan projek diploma secara profesional di samping meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform interaksi antara penyelaras dan pelajar bagi memastikan kelancaran perjalanan projek diploma.
Penganjuran taklimat ini diharapkan dapat membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih sistematik dan berkualiti dalam menjayakan DiPX 2026 serta menyerlahkan hasil kreativiti dan inovasi pelajar di peringkat institusi.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
