Berita
Bengkel Robotik Perluas Akses Kepada Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Teknologi

BATU PAHAT: Seramai 80 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labis bersama tujuh orang guru pengiring yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal bin Abd. Wahab berpeluang meneroka dunia robotik menerusi program Bengkel Robotik di Makerspace @ UTHM yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Attribot Technology dengan kerjasama.
Program yang berlangsung di Makerspace UTHM ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai asas teknologi robotik, pembinaan robot serta pengaturcaraan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan aktiviti amali.
Sepanjang bengkel, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang merangkumi taklimat pengenalan robotik, pengenalan komponen robot, aktiviti pembinaan robot (Make Robot), asas pengaturcaraan robot serta sesi ujian dan demonstrasi robot. Pengisian ini dirangka bagi membantu peserta memahami hubungan antara komponen perkakasan, pengaturcaraan dan fungsi robot dalam menghasilkan sistem robotik yang beroperasi dengan baik.
Kemuncak program ialah Mini Robot Challenge, yang memberikan peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui cabaran robotik secara berkumpulan. Aktiviti ini turut menggalakkan pengembangan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi dan kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang interaktif. Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan penutup sebagai tanda penghargaan kepada para peserta serta guru pengiring atas komitmen dan penyertaan sepanjang bengkel berlangsung.
Penganjuran Bengkel Robotik di Makerspace @ UTHM mencerminkan komitmen berterusan Attribot Technology dan CeDS UTHM dalam memperkukuh jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan serta memperluas akses kepada pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi. Inisiatif ini juga berpotensi menyemai minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memperkenalkan persekitaran pembelajaran inovatif yang menghubungkan ilmu teori dengan aplikasi dunia sebenar.
Melalui penganjuran program seumpama ini, UTHM terus memperkukuh peranannya dalam menyokong pembangunan bakat muda yang kreatif, berkemahiran teknologi dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Siri 2 DAU -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge Menarik Minat Murid Sekol… -
Pelajar CeDS Cemerlang Dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peri… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Penyeliaan Latihan Industri UTHM Dorong Kolaborasi Pintar Universiti–…
