Berita
UTHM Semarak Minat STEAM Dalam Kalangan 800 Pelajar Tenby Schools Melalui STEAM Day 2026

SETIA ECO GARDEN: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Attribot Technology menyertai STEAM Day 2026 yang berlangsung di Tenby Schools, Setia Eco Garden.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu menghimpunkan kira-kira 800 pelajar Tenby Schools daripada peringkat pra-persekolahan, rendah dan menengah. Penganjuran STEAM Day 2026 menyediakan platform kepada para pelajar untuk meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan oleh institusi pendidikan dan pempamer yang terlibat. Selain UTHM, program ini turut disertai oleh UTM Space, Fakulti Sains UTM (FS UTM) dan Southern University College sebagai pempamer yang mengetengahkan pelbagai aktiviti serta pendekatan pembelajaran berasaskan STEAM.
Antara aktiviti utama yang mendapat perhatian pelajar ialah Mini Robot Challenge dan Line Tracing. Kedua-dua aktiviti tersebut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali teknologi robotik secara lebih dekat melalui pendekatan hands-on, selain menguji kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran logik dan keupayaan mengendalikan robot. Aktiviti yang bersifat interaktif ini turut memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza kepada para pelajar apabila mereka bukan sahaja memperoleh pengetahuan asas berkaitan robotik, malah berpeluang mengaplikasikan konsep tersebut secara langsung dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan dalam menjayakan program tersebut, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua pempamer telah disampaikan oleh David Tingström, Head of International Secondary, Tenby Schools.
Penyertaan CeDS dalam STEAM Day 2026 turut mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan dengan institusi pendidikan serta memperluas pendedahan generasi muda terhadap bidang STEAM. Ia juga membuktikan peranan universiti bukan sahaja sebagai institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan, malah sebagai rakan strategik dalam menyokong pembangunan bakat muda melalui pengalaman pembelajaran yang inovatif, kreatif dan berasaskan teknologi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Siri 2 DAU -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge Menarik Minat Murid Sekol… -
Pelajar CeDS Cemerlang Dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peri… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Penyeliaan Latihan Industri UTHM Dorong Kolaborasi Pintar Universiti–…
