Berita
Promosi Diploma UTHM di Lonjakan Akademik SPM 2026 SMK Labis

BATU PAHAT: Seramai 77 orang pelajar Tingkatan 5 (Pelbagai Aliran) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Labis (SMK Labis), Segamat telah menjayakan Program Kem Lonjakan Akademik SPM 2026 yang berlangsung di Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan awal serta motivasi kepada para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 untuk merancang hala tuju pendidikan tinggi mereka. Antara pengisian utama program berkenaan ialah slot taklimat khas bertajuk "Road to UTHM: Pilihan dan Peluang" yang disampaikan oleh dua orang penceramah dari Pusat Pengajian Diploma UTHM, iaitu Dr Muhammad Faizal bin Ismail dan Ts Eddy Irwan Shah bin Saadon. Turut hadir menyokong pelaksanaan program ini ialah wakil daripada Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) UTHM, iaitu Cik Norfaizah binti Sai menerangkan tentang sistem UPU Online.
Antara tajuk dan maklumat penting yang dikongsikan sepanjang slot tersebut merangkumi pengenalan UTHM dan Pusat Pengajian Diploma, program pengajian dan syarat kemasukan, laluan pendidikan & kerjaya, peluang tajaan dan kebajikan, aktiviti dan kehidupan kampus.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada pelajar SPM SMK Labis untuk meraih keputusan cemerlang seterusnya melangkah ke menara gading.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Siri 2 DAU -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge Menarik Minat Murid Sekol… -
Pelajar CeDS Cemerlang Dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peri… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Penyeliaan Latihan Industri UTHM Dorong Kolaborasi Pintar Universiti–…
