Pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi 2019/2020 boleh dibuat bermula 2 Ogos 2019 hingga 24 Ogos 2019.
Oleh itu, semua pelajar dikehendaki membuat pendaftaran kursus secara online melalui SMAP. Pendaftaran yang dibuat selepas tarikh yang ditetapkan akan dikenakan denda, sebagaimana yang termaktub di dalam Peraturan Akademik.
Sebarang pertanyaan atau masalah berhubung pendaftaran boleh diajukan di Unit Akademik CeDS dalam tempoh yang dinyatakan di atas.