Pengumuman
Uji Lari Troli Pengumpulan Sisa Makanan 3 Dalam 1

Saya Muhammad Zahrul Amri bin Muhammad Khairul merupakan pelajar latihan industri di bawah seliaan Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) sedang menjalankan uji lari terhadap penggunaan semula Troli Pengumpul Sisa Makanan 3 dalam 1 di Arked Mawar (kafeteria), UTHM Pagoh. Projek ini bertujuan untuk memudahkan pihak arked mengumpul pinggan, cawan, sudu, garfu dan sisa makanan dengan lebih cepat dan teratur.
Troli ini mempunyai empat ruang berasingan:
- Pinggan sahaja
- Sudu dan garfu sahaja
- Sisa makanan sahaja
- Cawan boleh diletakkan dibahagian atas troli tersebut.
Kerjasama anda untuk menggunakan troli ini mengikut label yang disediakan amat dihargai bagi memastikan data eksperimen dapat dikumpul dengan baik. Sila imbas QR code yang tertera pada troli ini untuk menjawab soal selidik ringkas bagi membantu penambahbaikan projek ini.
Terima kasih atas sokongan anda.
Popular
-
Semakan Panggilan Temu Duga dan / atau Ujian Lepasan SPM -
Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Sesi 2023/2024 -
Permohonan Diploma UTHM Ambilan Julai 2025 -
Permohonan UPU Online Bagi Sesi 2023/2024 -
Program Pensijilan Profesional Penjana (KPT-PACE) Digital Transformat… -
Panggilan Penyertaan Pertandingan Sempena Hari Malaysia (PEMAS) 2021 -
Semakan Keputusan dan Rayuan Kemasukan Diploma Sesi 2022/2023 -
Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2024/2025 -
Pengemaskinian UPU Online Lepasan SPM 2020 -
Kajian Kepuasan Pelanggan CeDS 2023
