Berita
Perkongsian Inovasi Teknologi Pendidikan Inklusif dalam Science Festival Beyond Sounds 2026

SKUDAI: Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput sebagai penceramah bagi program Inclusivity in Science: Science Festival Beyond Sounds 2026 (ISBS 2026) anjuran Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai pada 31 Oktober 2026 bertempat di Atrium T02, UTM Skudai.
Menerusi ceramah bertajuk ARithmetic: Dari Gerakan Tangan kepada Realiti Terimbuh (Augmented Reality), beliau berkongsi bagaimana teknologi Augmented Reality (AR) dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih visual, interaktif dan inklusif, khususnya bagi murid berkeperluan khas pendengaran.
Selain memperkenalkan ARithmetic, beberapa inovasi lain turut dibawa untuk dipamerkan kepada pengunjung, iaitu AR-MESL, Mari Belajar PAI dan MyIsyARat. Pengunjung berpeluang mencuba sendiri aplikasi-aplikasi tersebut dan melihat bagaimana elemen Bahasa Isyarat Malaysia, visual, animasi 3D, video, kuiz serta realiti terimbuh dapat digabungkan dalam pembelajaran.
Penyertaan ini bukan sahaja memberi ruang untuk berkongsi hasil inovasi UTHM, malah membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi secara hands-on.
Program ISBS 2026 menjadi platform yang bermakna untuk memperluas kesedaran tentang kepentingan pendidikan inklusif serta menggalakkan kolaborasi antara institusi dalam membangunkan inovasi yang memenuhi keperluan pembelajaran pelajar daripada pelbagai latar dan keupayaan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP -
IET On Campus UTHM Perkasa Pelajar Diploma Melalui Program KTP
