Skip to main content

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan

Berhasrat membuat pemberitahuan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan (NADOPOD)? Ikuti tatacara NADOPOD.

Tugas dan Tanggungjawab

Timbalan Pengerusi

  1. Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) yang diadakan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
  2. Membantu Pengerusi dalam:
    1. Menjalankan tugas Pengerusi apabila Pengerusi tiada atau mempunyai kekangan.
    2. Menyelia dan menyelaraskan pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
    3. Menyelia dan menyelaraskan pengkajian semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
    4. Menyelia dan menyelaraskan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
    5. Menyelia dan menyelaraskan pemeriksaan tempat kerja.
    6. Menyelia dan menyelaraskan penyiasatan apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
    7. Membuat pertimbangan, penyiasatan dan penyelesaian terhadap perkara yang dibawa ke perhatian jawatankuasa.

Pegawai Perhubungan Keselamatan

  1. Menghadiri semua mesyuarat JKKP CeDS yang diadakan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
  2. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam:
    1. Menasihati JKKP CeDS atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu.
    2. Memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas, atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja.
    3. Menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
    4. Membantu JKKP CeDS, jika ada, menurut peraturan 11 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
    5. Membantu JKKP CeDS dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
    6. Memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
    7. Membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
    8. Menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh JKKP CeDS atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

Setiausaha

  1. Menghadiri semua mesyuarat JKKP CeDS yang diadakan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
  2. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam:
    1. Menyediakan dan mengedar surat panggilan Mesyuarat JKKP CeDS dengan persetujuan pengerusi.
    2. Merekodkan kehadiran mesyuarat JKKP CeDS.
    3. Mengemaskini surat pelantikan ahli jawatankuasa mengikut keputusan mesyuarat.
    4. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat serta mengambil tindakan sebagaimana yang telah diputuskan oleh jawatankuasa.
    5. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan jawatankuasa.
    6. Membuat salinan dan simpanan lengkap apa-apa dokumen dan laporan yang dibuat berkaitan aktiviti jawatankuasa dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Wakil Majikan

  1. Menghadiri semua mesyuarat JKKP CeDS yang diadakan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
  2. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam:
    1. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
    2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
    3. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
    4. Membantu menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
    5. Membantu penyiasatan apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
    6. Membuat pertimbangan, penyiasatan dan penyelesaian terhadap perkara yang dibawa ke perhatian jawatankuasa.

Wakil Pekerja

  1. Menghadiri semua mesyuarat JKKP CeDS yang diadakan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
  2. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam:
    1. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
    2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
    3. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
    4. Membantu menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
    5. Membantu penyiasatan apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
    6. Membuat pertimbangan, penyiasatan dan penyelesaian terhadap perkara yang dibawa ke perhatian jawatankuasa.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Seksyen 15: Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri Kepada Pekerja Mereka

  1. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
  2. Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya:
    1. pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
    2. pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
    3. pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.
    4. setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan atau orang yang bekerja sendiri, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian.
    5. pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.

Seksyen 24: Kewajipan Am Pekerja Yang Sedang Bekerja

  1. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja:
    1. untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang.
    2. untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
    3. untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
    4. untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
  2. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.