Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Jawatankuasa

  • Utama
  • Korporat
  • Jawatankuasa

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Carta Organisasi

Carta Organisasi JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan CeDS

Peranan Pegawai Perhubungan Keselamatan

  1. Menasihati Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja.
  2. Memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana pekerja di tempat kerja.
  3. Menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
  4. Membantu JKKP, menurut Peraturan 11, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  5. Membantu JKKP dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta.
  6. Memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
  7. Membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta.
  8. Menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh JKKP atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

Perhatian

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (NADOPOD) boleh dibuat mengikut carta alir NADOPOD.

Jawatankuasa Laman Web dan Laman Sosial

Carta Organisasi

Carta Organisasi JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan CeDS

Peranan

  1. Menerbitkan artikel dan kandungan baharu di portal.
  2. Mengemas kini kandungan sedia ada di portal, dari semasa ke semasa.
  3. Memastikan keseragaman dalam penyampaian maklumat di portal.
  4. Menerbitkan kandungan baharu di TeamUp, Facebook, Instagram dan YouTube.
  5. Mengongsi siaran penting dari laman sosial rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  6. Membuat sandaran (backup) ke atas portal sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu.
  7. Melaksanakan audit sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.
  8. Melaksanakan ujian penembusan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.

Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 28 April 2021, 8:17 pm.