Skip to main content

Multidisciplinary Applied Research and Innovation

Multidisciplinary Applied Research and Innovation (MARI) adalah terbitan berkala akses terbuka dan berwasit (peer-reviewed) yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Objektif MARI ialah menjadi platform intelektual untuk berkongsi produk penyelidikan dan memperkasa penerbitan dari CeDS. Jurnal ini bermatlamat untuk mempromosi kajian multidisiplin, selain menjadi jurnal berkala terkemuka dalam penyelidikan dan inovasi multidisiplin di UTHM.

Jurnal berwasit ini diterbitkan sebanyak tiga kali setahun. Ia terbuka kepada kertas penyelidikan yang berkaitan, tetapi tidak terhad kepada topik-topik berikut.

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Sains Gunaan
  • Teknologi Kejuruteraan Kimia
  • Teknologi Animasi
  • Teknologi Maklumat