Skip to main content

Berita

Q-PPD Raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan

Oleh CeDS
23 November 2015, 8:00 am
Q-PPD Raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan

PETALING JAYA: Kumpulan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 sekali gus melayakkan kumpulan ini mewakili negara dalam International Exposition on Team Excellence 2016 akan datang.

Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 2 hingga 4 November lalu merupakan acara tahunan bagi Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2015 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Peserta konvensyen ini terdiri daripada kumpulan terbaik dalam kalangan pemenang Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence peringkat wilayah. Sebanyak 74 buah kumpulan dalam kategori sektor awam telah menyertai konvensyen kali ini.

Kumpulan Q-PPD yang diketuai oleh Encik Eddy Irwan Shah Saadon ini melibatkan ahli-ahli iaitu Encik Sabani Mohd, Encik Muhammad Faizal Ismail, Cik Nor Faezah Adan, Puan Rafizah Mohd Hanifa, Puan Ida Aryanie Bahrudin, Encik Misbahul Muneer Abdul Rahman, Puan Rozainita Rosley dan Puan Rusnani Saji. Manakala Tuan Haji Suhaimi Makminin pula bertindak sebagai fasilitator bagi mengurus kumpulan ini.

Penyertaan UTHM dalam konvensyen ini diharap mampu menjadi penyumbang kepada keberkesanan menyelesaikan masalah di tempat kerja melalui penghasilan inovasi yang memenuhi keperluan pelanggan, peningkatan dalam produk dan perkhidmatan sedia ada bagi tujuan menjimatkan masa dan kos serta memudahkan proses kerja.