Berita
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET Pelajar Diploma
PUTRAJAYA: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Cosmo Skills Sdn Bhd dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis tersebut diadakan bersempena program MY Ideas Connect: Kolaborasi Berimpak Tinggi MoU/MoA/LoI/Produk anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada pengukuhan ekosistem TVET melalui pembangunan bersama kurikulum berasaskan industri, penyelidikan terapan, pemindahan teknologi, program latihan pensijilan, serta penyediaan peluang latihan industri dan penempatan kerja kepada pelajar UTHM.
Cosmo Skills Sdn Bhd turut menzahirkan iltizam untuk mendukung keterlibatan UTHM dalam peningkatan standard latihan industri serta membentuk tenaga kerja mahir berteraskan keperluan industri negara.
Majlis pertukaran MoU ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr Rabiah binti Ahmad, sebagai wakil rasmi Naib Canselor UTHM bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Skills iaitu Ts Azhar bin Ahmad dan telah disaksikan oleh YBhg. Dato' Dr Hj. Megat Sany bin Megat Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, sebagai simbol sokongan kerajaan terhadap pemerkasaan TVET dan inovasi teknologi yang mampu memberi impak kepada pembangunan ekonomi negara.
Turut hadir bagi menjayakan program ini adalah Penyelaras MoU Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM, Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya dan Ketua Pegawai Operasi Cosmo Skills Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Zaki bin Hassan.
Program MY Ideas Connect 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 8 November menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi dan rakan industri bagi memperluaskan kolaborasi serta mempromosikan produk inovasi penyelidikan Malaysia ke peringkat global.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor