Berita
Pelajar CeDS Berbakat Besar Dalam Acara Menembak

Muhaffiz Hamid dilahirkan di Hospital Pasir Mas, Kelantan pada tanggal 27 Februari 1997. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Sri Ciku 1, Gua Musang. Beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2 sehingga tingkatan 3.Berdasarkan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum beliau ditawarkan menyambung pengajian di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi. Muhaffiz Hamid memilih program Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, CeDS, UTHM sebagai pilihan pertama untuk menyambung pengajiannya.Program ini dipilih berdasarkan kurikulum yang menjurus kepada melahir tenaga mahir dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau telah menjadi johan bagi 2 kategori (Individu & berkumpulan) dan seterusnya membawa kontigen UTHM mendapat tempat kedua keseluruhan dalam pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Rela (UKMR) tahun 2015 anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Biodata

| Nama: | Muhaffiz Bin Hamid |
| Program: | Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal |
| Pengajian: | 1 DAJ |
Pencapaian Akademik
| Peperiksaan | Tahun | Pencapaian |
|---|---|---|
| UPSR | 2009 | 5A |
| PMR | 2012 | 7A 1B |
| SPM | 2014 | 6A |
Kategori Pertandingan
| Kategori | Tarikh | Pencapaian |
|---|---|---|
| Individu Relawan Kategori M-16 | 26 hingga 28 Oktober 2015 | Johan |
| Jatuh Piring Kategori Relawan Menembak M-16 | Johan |
Muhaffiz Hamid (5 dari kiri) bersama kontingen UTHM
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
