Berita
Karnival Inovasi CeDS Tarik Penyertaan Pelajar Ketengah Projek Inovasi

PARIT RAJA: Bertemakan Inovasi Pencetus Transformasi Ilmu, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Karnival Inovasi CeDS Kali Ke-6 pada 23 Mei 2016 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.
Pemilihan tema ini sejajar dengan misi universiti dalam memupuk dan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovasi serta seterusnya mentransformasikan perkembangan ilmu pada tahap yang lebih tinggi.
Jumlah pelajar yang terlibat sebagai peserta adalah seramai 303 atau 91 kumpulan di bawah lima jabatan dalam CeDS iaitu Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Awan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta Jabatan Sains dan Matematik.
Karnival ini telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr Mohd Najib Mohd Salleh, Dekan, Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan & Inovasi, UTHM. Turut hadir Profesor Madya Dr Mohamad Zaky Noh, Dekan serta Tn Hj Mohd Jahaya Kesot, Timbalan Dekan Inovasi, Penerbitan, Hands on Skills, CeDS.
10 panel dari fakulti dan industri dijemput bagi menilai dan mengenalpasti tiga kumpulan terbaik setiap jabatan. Antara panel yang terlibat ialah Ir Azizul Azham Mohd Nadzri, Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal (BKRT) dari Jabatan Perdana Menteri, Encik Saman Yunos dan Engr. Saiful Din Sabdin dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Profesor Madya Dr Angzzas Sari Mohd Kassim, Engr. Dr Nafarizal Nayan, Profesor Madya Dr Rafidah Hamdan, Engr. Dr Abdul Mutalib Leman serta Encik Hirwan Hamid dari Asis Technology Johor Bahru.
Sepanjang proses penilaian, para peserta yang terdiri daripada penuntut UTHM ditemubual mengenai perlaksanaan dan hasil projek yang dipertandingkan melalui poster dan prototaip yang disediakan. Kemahiran komunikasi peserta turut dinilai melalui kesungguhan mereka menghurai dan mempertahankan hasil projek masing-masing.
Penganjuran karnival ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman seperti dalam suasana persidangan sebenar yang berkonsepkan pembentangan projek secara terbuka dan dinilai oleh panel-panel yang bertauliah.
Karnival ini menyaksikan 36 kumpulan meraih sijil Emas, 23 pemenang sijil Perak dan 26 sijil Gangsa serta enam lagi menerima sijil penyertaan. Pemenang-pemenang idea inovasi ini diharap mampu mengembangkan projek masing-masing ke peringkat penyelidikan yang lebih tinggi dan mendalam melalui pertukaran maklumat, pengetahuan dan pengalaman di antara para pelawat, warga universiti dan juga mahasiswa.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
