Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

CeDS Menempa Nama di International University Carnival on E-Learning 2019

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
24 August 2019, 9:00 am
CeDS Menempa Nama di International University Carnival on E-Learning 2019

KOTA SAMARAHAN: Dua pasukan dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah masing-masing berjaya mendapat Pingat Emas dan Perak di International University Carnival on E-Learning 2019. Karnival yang diadakan selama dua hari bermula 21 Ogos, telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Di karnival tersebut, projek ADIK-ADIK SOLAT: The Development of Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayers Towards Education 4.0 yang diketuai oleh Ts. Mohd Hatta bin Hj Mohamed Ali @ Md Hani telah mendapat Pingat Emas, manakala projek Learning Al Quran Comprehension, Translation and Usages using a 'Multiplayer' Game (Pahlawan Qarin) yang diketuai oleh Puan Rosfuzah binti Roslan telah mendapat Pingat Perak.

Tahniah kepada kedua-dua pemenang!


Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.