Berita
CeDS Terus Gemilang di Karnival Inovasi UTeMEX 2019

AYER KEROH: Pasukan dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah berjaya mendapat Pingat Emas dan memenangi Anugerah Khas Juri di Karnival Inovasi UTeMEX 2019. Konvensyen yang diadakan selama dua hari bermula 9 Oktober, telah diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dan disertai oleh pasukan-pasukan dari pelbagai universiti awam dan swasta, serta institusi-institusi pendidikan lain.
Di karnival tersebut pasukan dari CeDS, UTHM, yang dianggotai oleh Encik Muhammad Qusyairi bin Abdul Rahman, Profesor Dr Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff, Dr Mohammad Zulafif bin Rahim dan Encik Mohd Khairul Anwar bin Mamat, telah membentang sebuah projek bertajuk Multipurpose Drying Machine.
Projek tersebut, sebelum ini telah mendapat Pingat Emas di RISE 2019. Tahniah kepada pemenang!
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
