Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Alumni CeDS Dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa UTHM

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
16 December 2019, 2:00 pm
Alumni CeDS Dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa UTHM

BATU PAHAT: Saudari Nurul Atiqah binti Rohaizar, alumni Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa UTHM 2018/2019 dalam Majlis Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM), pada 14 Disember 2019. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Anak kelahiran Miri, Sarawak ini mula bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan, sejak tahun pertama pengajian lagi. Beliau turut memenangi beberapa anugerah lain, termasuklah Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka), Anugerah Program Terbaik (Khidmat Masyarakat) dan Anugerah Kelab Terbaik.

Di sebalik kejayaan tersebut, beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana mengalami masalah pendengaran sejak berumur tujuh tahun. Namun, beliau tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai penghalang untuk menceburkan diri dalam program-program kesukarelawan, tanpa mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai mahasiswa.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM.

Majlis Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM) tersebut, diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan, kepada mahasiswa serta penganjuran program-program yang berimpak tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Saudari Nurul Atiqah!


Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.