Berita
HyRAC Subur Minat Pelajar Sekolah Terokai Bidang Teknologi Kejuruteraan
PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma UTHM telah menganjurkan pertandingan Hydraulic Robotic Arm Competition (HyRAC 2020) sempena program Young Technologist @ School pada 20 Februari lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Pertandingan ini melibatkan lima buah sekolah rendah sekitar Muar dan Batu Pahat dengan jumlah penyertaan seramai 50 orang pelajar. Ia dilaksanakan bagi memupuk minat serta memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai ilmu teknologi kejuruteraan dan bagaimana pengetahuan teknologi boleh diaplikasi dalam mereka bentuk robot.
Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah peserta dikehendaki mereka bentuk hydraulic robotic arm yang mampu berfungsi dengan cekap selain mempunyai reka bentuk yang jitu. Para pelajar perlu mengaplikasikan ilmu asas reka bentuk kejuruteraan serta teori mekanik bendalir. Melalui bimbingan daripada guru dan juga fasilitator dalam kalangan mahasiswa UTHM, para peserta dilihat mampu menghasilkan reka bentuk hydraulic robotic arm yang kukuh dan dapat beroperasi dengan cekap.
Menurut pengarah program, Puan Siti Mariam binti Basharie, penganjuran pertandingan sebegini telah menyemarakkan lagi peranan UTHM dalam memberi pendedahan kepada komuniti sekeliling khususnya sekolah-sekolah sekitar UTHM Pagoh tentang ilmu-ilmu dalam bidang teknologi kejuruteraan. Pendedahan awal sebegini diharap berjaya memupuk minat pelajar seawal sekolah rendah untuk menceburi bidang teknologi kejuruteraan sekali gus mempromosikan program-program teknologi kejuruteraan di UTHM Kampus Pagoh.
Maklum balas daripada para guru pengiring amat positif di mana para pelajarnya mendapat manfaat ilmu teknologi kejuruteraan selain pengalaman yang diperoleh sepanjang aktiviti dijalankan. Para guru juga berharap agar pertandingan sebegini diteruskan di masa akan datang demi kelangsungan perkongsian ilmu antara institusi pengajian tinggi khususnya UTHM dengan pihak sekolah.
Young Technologist @ School
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor