Berita
CeDS Menerima Lebih 800 Pelajar Baharu
PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), minggu ini telah menerima lebih 800 pelajar baharu bagi keenam-enam program diploma yang ditawarkan. Pelajar-pelajar yang mendaftar kemudiannya mengikuti program Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) bagi memperkenalkan dan menyesuaikan pelajar dengan persekitaran kampus.
Proses pendaftar pelajar dilakukan secara pandu lalu serta secara berperingkat mengikut jenis program pelajar. Pelajar program Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik telah diminta untuk mendaftar pada 4 Ogos, manakala pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Diploma Sains Gunaan telah diminta untuk mendaftar pada 5 Ogos.
Sebaik sahaja selesai proses pendaftaran, para pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri berpandukan video dan bahan yang telah dimuat naik. Pembelajaran kendiri ini dilakukan bagi mematuhi tatacara operasi piawai atau standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Seterusnya, pada 6 Ogos para pelajar mengikuti sesi-sesi strim langsung bersama Provost UTHM Pagoh, Prof. Madya Ts Dr Mohd Kamarulzaki bin Mustafa; sesi bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), Profesor Madya Dr Afandi bin Ahmad; sesi bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan sesi bersama Centre for Global Online Learning (GLOBAL).
Pada sebelah petangnya, sebahagian pelajar melafazkan Ikrar Mahasiswa secara bersemuka di hadapan Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr Wahid bin Razzaly; TNCHEPA; Provost UTHM Pagoh serta Dekan, Prof. Madya Dr Mohamad Zaky bin Noh. Pelajar juga tidak ketinggalan mengikuti sesi bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Puan Ziana binti Che Ros dan sesi bersama Kepimpinan Pelajar UTHM.
Pada 7 Ogos, para pelajar telah mengikuti satu sesi strim langsung bersama Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) serta program MyFuture bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya. MTM berakhir dengan satu sesi strim langsung bersama Ikon-ikon Alumni CeDS.
Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke CeDS UTHM!
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor