Skip to main content

Soalan Lazim

Akademik

Di manakah saya boleh dapatkan peraturan akademik?

Peraturan Akademik Edisi Kelapan boleh dimuat turun dari laman Muat Turun atau dari portal Pejabat Pengurusan Akademik. Ia merangkumi 14 bahagian dimana antaranya menerangkan:

  • Pendaftaran, pembetulan dan tarik diri kursus
  • Sistem kredit
  • Penangguhan, penggantungan dan pemberhentian pengajian
  • Semakan gred dan rayuan
  • Penganugerahan diploma
Bagaimanakah saya boleh mendaftar kursus?

Pendaftaran kursus boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Akademik Pelajar.

Di manakah saya boleh dapatkan kalendar akademik?

Kalendar akademik boleh dimuat turun dari laman Muat Turun atau dari portal Pejabat Pengurusan Akademik.

Di manakah saya boleh dapatkan jadual kerja pelajar?

Jadual kerja pelajar boleh dimuat turun dari portal Pejabat Pengurusan Akademik.

Bagaimanakah saya boleh ketahui lokasi kelas di kampus?

Lokasi kelas di kampus boleh diketahui dengan merujuk Pelan Blok serta Senarai Bilik Kuliah dan Makmal dari laman Muat Turun.

Apakah kepentingan saya menyimpan dokumen Perancangan Kuliah?

Dokumen Perancangan Kuliah atau Lecture Plan semua kursus perlu disimpan bagi memudahkan proses pengecualian kredit kursus, apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda kelak.

Di manakah saya boleh dapatkan jadual peperiksaan?

Jadual peperiksaan boleh didapati di portal Pejabat Pengurusan Akademik.

Kebajikan

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penajaan, biasiswa atau pinjaman?

Panduan untuk mendapatkan penajaan, biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan kerajaan negeri serta persekutuan boleh didapati di laman Muat Turun.

Apakah bantuan kebajikan yang disediakan UTHM?

UTHM menyediakan lebih 10 bantuan kebajikan untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Sila layari portal Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah saya boleh memohon Dermasiswa Zakat UTHM?

Dermasiswa Zakat UTHM merupakan skim tajaan untuk pelajar UTHM. Permohonan bagi skim ini akan diumumkan di laman Facebook Zakat UTHM.

Bagaimanakah saya boleh memohon bantuan zakat pelajar?

Permohonan bagi bantuan zakat pelajar akan diumumkan di laman Facebook Zakat UTHM.

Bagaimanakah saya boleh memohon bantuan komputer riba?

Permohonan bagi bantuan komputer riba akan diumumkan di laman Facebook Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan laman Facebook Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Bagaimanakah saya boleh memohon bantuan makanan Sabil Al-Hikmah?

Permohonan bagi bantuan makanan Sabil Al-Hikmah akan diumumkan di laman Facebook Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Kolej Kediaman

Adakah pelajar diploma diberi kemudahan untuk menetap di kolej sepanjang pengajian?

Ya, pelajar diploma diberi kemudahan untuk menetap di Kolej Kediaman Kampus Pagoh, sepanjang tempoh pengajian selama lima semester.

Kepada siapakah saya boleh ajukan soalan berkaitan kolej?

Pengurusan kolej kediaman tidak termasuk dalam bidang kuasa Pusat Pengajian Diploma. Oleh itu, soalan-soalan berkaitan kolej kediaman perlu diajukan terus kepada pegawai kolej seperti yang disenaraikan di direktori ini.