Berita
Akronim CeDS Menggantikan Akronim PPD
PARIT RAJA: Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies, kini dikenali dengan akronim baharu iaitu CeDS. CeDS disebut dengan sebutan dalam Bahasa Inggeris iaitu seeds yang membawa maksud biji benih. Para pelajar diploma UTHM merupakan biji benih yang perlu disemai dan dijaga dengan rapi supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. CeDS merupakan tapak semaian untuk pelajar diploma di UTHM yang akan melahirkan para graduan unggul, berdaya saing serta beretika dan mereka yang bakal menerajui kepimpinan Malaysia dan dunia pada masa hadapan. Warga CeDS mengharapkan agar pimpinan global yang terbaik terhasil daripada CeDS UTHM pada masa akan datang, In sha Allah. Kerana tiada yang mustahil di CeDS. Segalanya bermula di CeDS.
CeDS adalah nama singkatan baharu bagi menggantikan singkatan lama iaitu PPD. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan pihak luar yang mendefinisikan PPD sebagai Pejabat Pendidikan Daerah atau Politeknik Port Dickson. Ahli Jawatankuasa Pengurusan CeDS telah bersetuju untuk menggunakan nama CeDS pada mesyuarat pengurusan yang telah diadakan pada bulan Disember 2015. Penghargaan diberikan kepada warga CeDS iaitu Encik Hasyamudin bin Othman yang telah memberikan cadangan serta rasional pemilihan nama CeDS.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor