Berita
Q-PPD Dapat Penarafan Emas Di Konvensyen KIK UA 2016
KUALA TERENGGANU: Hasil projek dua pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) peringkat Universiti Awam Kali Ke-12, 2016 yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos lalu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
UTHM telah diwakili oleh dua Kumpulan KIK Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu Kumpulan Q-PPD daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS) untuk kategori Pengurusan dengan membentangkan tajuk projek Sesi Perundingan Pengiraan GPA/CPA Mengambil Masa Yang Lama, manakala Kumpulan Renaissance daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi kategori Teknikal dengan tajuk projek Pengambilan Darah Mengambil Masa Yang Lama.
Hasil dari projek kedua-dua kumpulan ini iaitu UTHM GPA/CPA Calculators (UCPAs) dan E-zy Vein Kit, yang berjaya mendapat penarafan Emas ini membawa makna yang tersendiri kepada PTj masing-masing kerana projek sebegini memberi ruang dan peluang untuk diadaptasikan kepada persekitaran kerja yang lebih mantap, terancang dan efisien.
Wakil-wakil UTHM
Kumpulan Renaissance PKU UTHM
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor