Berita
Seramai 801 Pelajar CeDS Diisytihar Graduan

BATU PAHAT: Seramai 801 pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diisytiharkan sebagai graduan UTHM, dalam sebuah Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 UTHM.
Selain pengisytiharan nama-nama graduan CeDS, penerima-penerima Anugerah Akademik turut diisytiharkan. Mereka ialah:
- Ng Zhi Yang
Anugerah Canselor - Nur Syafiqah Husna binti Zainul Arshad
Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajjah Aishah Ghani - Muhamad Shahril bin Musa
Anugerah Hadiah Buku Yayasan UTHM - Amni Mahirah binti Mohamed Hashim
Anugerah UTHM Holdings - Chin Wen Xin
Anugerah UTHM Holdings
Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma ini, akan diikuti oleh sebuah Majlis Penyampaian Skrol yang akan diadakan pada satu masa bersesuaian yang akan diumumkan kelak.
Istiadat ini dilaksanakan terlebih dahulu disebabkan gelombang ketiga penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), selain memenuhi keperluan penganugerahan diploma dan ijazah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UTHM.
Senarai penuh nama graduan adalah seperti yang telah tercatat dalam buku konvokesyen. Rakaman istiadat boleh ditonton seperti berikut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan!
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
