Berita
Penyelidik CeDS Rangkul Pingat Emas di ITEX ‘20

PAGOH: Dua kumpulan penyelidik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah masing-masing berjaya mendapat Pingat Emas di 31st National Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX ’20), yang berlangsung selama dua hari bermula 20 November 2020.
Kedua-dua Pingat Emas tersebut dimenangi menerusi projek inovasi dalam kategori Building and Construction iaitu MYRODPULL: Extracting the Rod of Mackintosh Probe dan Construction Managers Technical Competency Model for the Malaysian Construction Industry, masing-masing diketuai oleh Profesor Madya Ts Masiri bin Kaamin dan Dr Hairuddin bin Mohammad.
ITEX ’20 merupakan program anjuran bersama antara Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S Network Sdn Bhd, yang terpaksa dianjurkan secara maya disebabkan penularan gelombang ketiga penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).
Program telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini bin Ahmad pada 21 November lalu. Turut serta, Presiden MINDS, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Augustine S.H. Ong dan Presiden C.I.S Network Sdn Bhd, Dato’ Vincent Lim.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
