Berita
CeDS Terima Kemasukan 846 Pelajar Baharu

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini mencatatkan rekod kemasukan 846 pelajar baharu program diploma bagi sesi akademik 2021/2022.
Pendaftaran yang dibuat secara dalam talian melibatkan semua kursus yang ditawarkan oleh UTHM iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia, Diploma Sains Gunaan dan Diploma Teknologi Animasi yang mula diperkenalkan pada sesi pengajian ini.
Kesemua pelajar baharu itu akan mengikuti sesi perkuliahan sesi 2021/2022 bermula 8 Ogos ini secara dalam talian bertempat di UTHM Kampus Pagoh.
Terdahulu, mereka perlu mengikuti Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) yang berlangsung selama lima hari bermula 1 hingga 5 Ogos ini.
Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts Dr Wahid bin Razzaly berkata program diploma UTHM yang melibatkan tempoh masa pengajian selama dua tahun sembilan bulan ini mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) serta mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi.
Tambah beliau, pelajar program diploma di UTHM mempunyai peluang yang tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti ini kerana purata mata nilai kumulatif (CGPA) yang diperlukan sekurangnya 2.5 sahaja dan tidak perlu bersaing dengan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi mahupun politeknik melalui permohonan Unit Pusat Universiti (UPU).
"Saya amat berharap anak-anak pelajar dapat menggunakan peluang menyambung pelajaran di UTHM ini dengan sebaik mungkin dan cepat membiasakan diri dengan pembelajaran norma baharu yang dijalankan akibat pandemik COVID-19", katanya.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
