Berita
PEMAS 2021 Bukti Keutuhan Semangat Cinta Terhadap Negara Generasi Z
PAGOH: Sebuah Pertandingan Sempena Hari Malaysia (PEMAS) 2021 peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bersempena Sambutan Hari Malaysia ke-58.
PEMAS 2021 diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum, khasnya bagi Generasi Z.
Selain itu, pertandingan ini merupakan satu pendekatan bersama komuniti dan masyarakat terutamanya generasi muda yang berlatar belakangkan pelbagai etnik, kaum dan budaya untuk menunjukkan semangat cinta terhadap negara.
Pertandingan yang berlangsung secara maya sejak 1 September 2021 ini, terbahagi kepada tiga kategori pertandingan iaitu melukis, fotografi, pakaian beragam, bercerita serta deklamasi sajak atau puisi atau syair atau pantun.
Hampir 180 penyertaan diterima dari individu yang berumur 7 sehingga 17 tahun, melibatkan pelajar pelbagai kaum dari seluruh pelusuk Malaysia.
Kemuncak kepada PEMAS 2021 adalah Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang yang diadakan pada 30 Oktober 2021 secara langsung melalui YouTube.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
Rakaman strim langsung PEMAS 2021 adalah seperti berikut.
Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang PEMAS 2021
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor