Berita
Taklimat Latihan Industri dan Ramah Mesra Pelajar Tahun Akhir JTM

PAGOH: Pada 18 Julai 2022 bertempat di Dewan Auditorium 1, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, telah diadakan Program Taklimat Latihan Industri Siri 2, Semester II, Sesi 2021/2022 beserta Majlis Ramah Mesra Pensyarah Bersama Pelajar Tahun Akhir Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Program ini telah dikelola oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin selaku Penyelaras Latihan Industri JTM.
Seramai 145 orang pelajar telah terlibat dalam program ini di mana semua pelajar tahun akhir akan menjalani latihan industri bermula 31 Julai 2022 hingga 13 Januari 2023.
Pada taklimat ini, Ketua Jabatan, JTM Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani telah memberikan ucapan dan kata-kata perangsang kepada semua pelajar supaya berdedikasi sewaktu menjalankan latihan industri.
Beliau juga mengatakan semua pelajar adalah aset kepada UTHM dalam mencerminkan nilai akademik dan kemahiran tinggi kepada pihak industri.
Dengan adanya latihan industri yang bakal diadakan, ianya menjadi satu jambatan ilmu dan kemahiran kepada semua pelajar tahun akhir dalam memasuki era pekerjaan yang sebenar.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
