Berita
Lawatan Akademik Lihat Keberkesanan Penggunaan IoT Dalam Pertanian

PAGOH: Kumpulan penyelidik Sustainable Product Development (S-ProuD) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan akademik ke tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pagoh pada 29 Ogos 2022.
Lawatan ini telah disertai oleh lima orang staf akademik dari JKM selaku penyelidik S-ProuD dan diketuai oleh Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelidik S-ProuD tentang teknologi dan kaedah pengurusan tanaman berskala besar yang diusahakan oleh usahawan tani moden di bawah program TKPM.
Penyelidik S-ProuD telah mengadakan lawatan ke tapak tanaman cili secara fertigasi dalam rumah hijau untuk melihat sendiri kaedah pengurusan penanaman oleh usahawan tani moden iaitu Encik Muhammad Firdaus bin Samsudin.
Pelbagai maklumat berkaitan penjagaan tanaman yang dikongsi oleh Encik Muhammad Firdaus terutama berkaitan penggunaan sistem Internet Pelbagai Benda (IPB) atau Internet of Things (IoT) dalam mengawal dan memantau aktiviti tanaman cili yang diusahakan.
Beliau menerangkan melalui telefon pintar, beliau dapat mengawal dan memantau aktiviti penyiraman dan pembajaan di tapak tanaman bagi empat plot fertigasi tanpa mengira di mana beliau berada.
Beliau sangat mengalukan dan memberi kesanggupan untuk memberi tunjuk ajar kepada penyelidik yang berminat untuk mempelajari kaedah penanaman menggunakan sistem ini.
Menurut beliau penggunaan IoT sangat menjimatkan masa mengurus tanaman sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga kerja, namun meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman.
Tambah menarik ialah kaedah beliau mengawal penularan serangan hama dan serangga melalui kajian yang dilakukan bersama usahawan tani moden yang lain.
Hasil daripada lawatan ini, penyelidik S-ProuD dapat melihat sendiri keberkesanan teknologi IoT yang telah dilaksanakan oleh usahawan tani moden.
Penyelidik mendapat tips dan memahami bagaimana IoT diprogramkan untuk kawalan pemberian nutrien kepada tanaman mengikut tumbesaran.
Lawatan ini sangat memberi impak kepada penyelidik dalam ilmu pengetahuan pertanian moden selain didedahkan tentang pengurusan pertanian berasaskan keuntungan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
