Berita
SULAM Wadah Dedah Pelajar Sekolah Kepada Sains Makanan dan Teknologi

KLUANG: Program Young Technologist @ School 2022 anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang (SRAB) pada hari Khamis, 24 November 2022.
Program Young Technologist @ School 2022 menggabungkan objektif pembelajaran program Diploma Sains Gunaan (DAU) dengan khidmat komuniti.
Bagi tujuan tersebut, JSM telah melaksanakan program ini berasaskan kursus Asas Sains Makanan dan Teknologi.
Program ini melibatkan seramai 76 orang peserta pelajar Tahun 6 SRAB, 12 orang pensyarah CeDS dan 37 orang pelajar Tahun 2, DAU.
Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Pengetua sekolah iaitu Puan Hajah Rositah binti Othman dan turut dibantu oleh beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
Matlamat program ini adalah melaksanakan sistem pembelajaran dan pengajaran diluar kampus dalam memberi peluang kepada tenaga pengajar serta mahasiswa untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 SRAB.
Beberapa aktiviti bersama pelajar SRAB telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah Sanitize Your Hands Properly, Understanding Food Label, Lets Count Your Calorie dan Fun with Microscope.
Selain itu, aktiviti Cabaran Minda juga telah dilakukan untuk menguji pemahaman tentang maklumat yang disampaikan.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pensyarah, pelajar, guru dan peserta yang telah menjayakan program ini.
Semoga program perkongsian ilmu ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Young Technologist @ School | Asas Sains Makanan dan Teknologi
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
