Berita
Persatuan Pelajar Diploma Serah Sumbangan Kepada Rakan Yang Memerlukan

PAGOH: Sumbangan derma kilat merupakan sebuah sumbangan kepada pelajar yang ditimpa musibah iaitu kehilangan insan tersayang, ibu atau bapa.
Kutipan sumbangan derma ini bertujuan untuk meringankan beban rakan pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diterima musibah agar terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan.
Serahan Sumbangan Derma Kilat oleh Persatuan Pelajar Diploma (PPD) ini telah berlangsung dengan jayanya di UTHM, Pagoh.
Sumbangan tersebut telah disampaikan pada hari Khamis, 29 Disember 2022 jam 10:15 pagi di Pejabat Dekan CeDS.
Serahan sumbangan melibatkan seramai empat orang pelajar iaitu Norfadhilah binti Abd Rahman, Muhammad Addin Muqaffa bin Azman, Muhammad Zuhairi bin Zainuri dan Maisarah binti Muhaizan.
Majlis serahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya, Dekan CeDS; Puan Hajah Ziana binti Che Ros, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni CeDS; Puan Mariam binti Abdul Hamid, Penyelaras / Penasihat PPD serta Encik Muhammad Qusyairi bin Abdul Rahman, Penolong Penasihat PPD.
Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakan-rakan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap pihak kerana telah meluangkan masa untuk menjayakan sesi serahan sumbangan pada kali ini.
Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dan mendapat keredaan-Nya. Amin.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
