Berita
2 Pensyarah CeDS Mendapat Pengiktirafan Inventor di Persada Antarabangsa
PAGOH: Kepakaran dan pencapaian inovasi staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa di mana dua (2) orang staf daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Ts. Inv. Dr. Mohd Shahir bin Yahya dan Ts. Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad telah berjaya dianugerahkan gelaran Inventor daripada International Federation of Inventors' Associations (IFIA) pada Disember 2022.
Hasil kecemerlangan inovasi yang ditunjukkan antaranya daripada aspek berjaya memenangi pingat dalam beberapa ekspo inovasi disamping pencapaian dalam penfailan harta intelek sehingga kepada pengkomersilan produk kepada industri kecil dan sederhana menjadikan kriteria utama dalam pemilihan bagi pengiktirafan ini.
Tahniah diucapkan dan semoga dengan pengiktirafan ini akan ada lebih ramai lagi dikalangan staf akademik UTHM untuk bergerak aktif dalam meningkatkan budaya inovasi ke arah membantu peningkatan produktiviti terutamanya kepada syarikat industri kecil dan sederhana.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor